SELAMAT DATANG


   

<< May 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


Pantun Atma

Pergi ke hutan mencari kernam
Berhenti menatang air tawar
Bulan sakit matahari demam
Kemanakah bintang minta penawar

Pergi ke hutan mencari kernam
Pulang bersua burung serindit
Bulan sakit matahari deman
Bintang berdoa di ufuk langit

Pisau raut dua tiga
Letak di peti dalam perahu
Dalam laut boleh di duga
Dalam hati siapa yang tahu

Pisau raut dua tiga
Letak dipeti dalam perahu
Dalam laut boleh di duga
Dalam hati tuhan yang tahu

Tun Kudu orang Melayu
Tun Tuah orang Melaka
Termenung menanggung rindu
Terkenang tuan dekat di mata

Ranjau lingkar pesona berduri
Ranum selasih sejak temurun
Walau tiada khabar sehari
Namun kasih tetap berkurun

Kalau tuan pandai menyurat
Suratkan saya di kertas biru
Kalau tuan pandai mengubat
Ubatkan saya hati yang rindu

Khabar sakti bingkisan istana
Puncak berlalu sehebat kalbu
Sabarlah menanti duhai adinda
Kelak ketemu terubat rindu

Meracau kuda berlari tersedu
Hilang kata tiada terperi
Jikalau dinda berhati rinddu
Pejamkan mata lenakan diri

Ranjau lingkar pesona berduri
Ranum selasih sejak temurun
Walau tiada khabar sehari
Namun kasih tetap berkurun

Rumah bonda tiada bertangga
Santai tenung gerbang budi
Ingatan dinda amat berharga
Bagai burung terbang di hati

Orang menyambung di tanjung keling
Ayam borek tumpang sebelah
Salam burung kepada ranting
Bolehkah hamba menumpang singgah

Tumbuh melata si pohon sagu
Hujan petang melenggang punggah
Lama sudah ranting menunggu
Burung datang menumpang singgah

dari mata datangnya permata
Dari kayangan turun ke dawa
Dari mana datangnya cinta
Dari mata turun ke jiwa

Dari mana burung dewata
Dari mega randai ke bumi
Dari mana berkalung cinta
Dari mata rantai ke hati

Sungguhkah tuan beli jerami
Kalau sungguh mana diannya
Sungguhkah tuan cintakan kami
Kalau sungguh mana buktinya


Sapardi Djoko Damono
Hujan Bulan Juni

tak ada yang lebih tabah dari hujan bulan juni

dirahasiakannya rintik rindunya kepada pohon berbunga itu

tak ada yang lebih bijak dari hujan bulan juni

dihapusnya jejak-jejak kakinya yang ragu-ragu di jalan itu

tak ada yang lebih arif dari hujan bulan juni

dibiarkannya yang tak terucapkan diserap akar pohon bunga itu

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

|| TETAMU ||

~bermula 5 November 06~

Free web counters
Free web counters
~bermula 9 November 06~


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sunday, March 30, 2008
Reben Kuning di hujung Antena

 

Pagi Sabtu, Mas mengajak aku ke bandar. Aku terasa malas tetapi Mas bersungguh mengajak sambil menunjukkan bekas makanannya yang kosong. Rasa belas berbekas. Kami bersepakat meminjam motor dari junior dan brooooMMMmmmm ke bandar.

 

Kami jadi hairan dan pelik. Jalan penuh sesak dan kereta berpusu-pusu bagaikan ada pesta keramaian. Malah jalan macam jem nanas yang penuh diatas roti. Nasib baiklah kami menunggang motosikal. Bolehlah menyelit sana sini atau istilah Mas ’mengular’. Malah ada reben kuning terikat di setiap antenna kereta. Hairan dan pelik kami dibuatnya.

 

Owh rupanya DYMM Sultan Mizan pulang. Maka berduyunlah rakyat menunjuk taat setia dan kasih pada Sultan dan menunggu ketibaan baginda di lapangan terbang. Maka aku dapat lihat sepanjang perjalanan kami ada banner tergantung disana sini menyatakan rasa setia dan patuh pada Sultan. Mungkin selepas Sultan murka dengan tindakan Adun T******* atau rakyat semakin sedar dengan kebijaksaan Sultan.

 

Maka selepas PRU12, aku dapat melihat kebenaran. Dahulu ketika aku belajar sejarah di sekolah, aku sibuk bertanya mengapa undang-undang perlembagaan seolah-olah meletakkan YDA seperti boneka? (Mohon ampun andai terkasar, patik cetek ilmu ketika itu). Soalanku bukan bersifat merendah-rendahkan, aku ingin lebih tahu pada dasar sejarah negara kita supaya kita tidak boleh diperlekehkan oleh orang yang ingin mnejual negara secara terang-terangan.

 

Sepanjang aku menjadi rakyat Malaysia, hanya dua keturunan raja sahaja yang aku kagum dan wajar dicontohi. Satu iaitu Sultan Perak, Sultan Azlan dan Raja Nazrin tentunya serta satu lagi Sultan Terengganu. Mereka punya kredibiliti untuk dicontohi. Nasib baik Sultan di kedua-dua negeri ini bijaksana dalam membuat pertimbangan. Nah, kita tidak perlu menyerahkan negeri Perak pada DAP disebabkan kerana Undang-Undang Tubuh Negeri hanya mengiktiraf menteri dari kalangan orang Melayu. Manakala di Terengganu melantik YB Ahmad Said melangkau pelantikan daripada kerajaan pusat iaitu mantan Menteri Besar datuk Idris Jusuh.

 

Mungkin selepas ini Bandaraya Warisan Pesisir Air tidak hanya gemilang dengan lampu-lampu dan kristal-kristal pada masjidnya tetapi gemilang dari segi mentaliti penduduknya, pada pendapat penduduk di SELURUH negeri. Moga kelip-kelip dapat juga berkelip-kelip di semua rumah di Negeri Darul Iman ini.

 

DAULAT TUANKU!


Posted at Sunday, March 30, 2008 by ainunL_muaiyanah
ujaran katas (2)  

Saturday, March 29, 2008
Kempen Earth Hour!

"Itu lilin

Menghampirinya panas terbakar

Menjauhinya dingin menjalar"

 

 

Earth Hour!

 

Kali pertama mendengarnya pasti pelik bukan? Earth Hour merupakan kempen yang digerakkan oleh WWF Australia untuk mengurangkan kadar pelepasan gas karbon dioksida ke udara. Awalnya program ini hanya melibatkan bandar Sydney sahaja pada tahun lepas tetapi atas dasar keprihatian masyarakat dunia yang masih sayangkan alam maka sebanyak 24 buah bandar besar di seluruh dunia telah bersetuju untuk mengambil bahagian dan memadamkan lampu bangunan-bangunan utama di bandar mereka. Jumlah yang besar untuk sesuatu kempen!

 

Aku fikir rakyat Malaysia tidak mahu mengambil tahu tentang isu-isu alam sekitar ini tetapi menurut laman web Earth Hour, seramai 2659 warga Malaysia telah mengambil bahagian membolahkan Malaysia menduduki ranking ketujuh senarai peserta teramai di dunia.

 

Bagaimana untuk mengambil bahagian?

Mudah sahaja. Tepat pukul 8 malam 29 Mac 2008,  padamkan semua peralatan elektrik di rumah anda selama 1 jam sahaja tepat pukul 8 malam waktu tempatan. Kita bergelap selama 1 jam Jikalau tahun lepas pengurangan penggunaan tenaga telah melebihi sasaran iaitu sebanyak 10%. Mungkin tahun ini akan menjadi lebih tinggi lagi.

 

Kenapa kempen Earth Hour penting?

Aku sebagai pelajar biodiversiti sememangnya sangat menyokong  kempen ini. Ketika aku mempelajari subjek-subjek berkaitan alam sekitar, aku menjadi sedih sebenarnya. Tidak ramai rakyat yang prihatin untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan menggurangkan pelepasan gas karbon dioksida ke udara. Mereka tahumerungut apabila udara menjadi sesak dan cuaca panas tak menentu. Malah cuaca di Malaysia masih tidak boleh dijangka lagi. Jika dahulu musim tengkujuh di pantai timur pada  bulan 12 tetapi kini bulan 12 masih panas-panas suam lagi dan musim tengkujuh beralih pada bulan 2 dan 3. Mungkin orang tidak sedar perubahan itu dan menganggap segalanya biasa tetapi sedarlah apabila kita mengkhianati alam, alam pasti mengkhianati kita kembali. Aku menjadi insaf. Pada hukum alam. Semakin banyak aku pelajari , semakin aku merasakan diri ini kerdil. Manusia menyalahkan alam mengambil orang-orang tersayang tetapi tahukah manusia kitalah yang membunuh orang-orang tersayang itu tanpa sedar dengan memusnahkan alam. Maka sayangi alam kita.

 

 

Untuk tahu lebih lanjut lagi tentang kempen Earth Hour. Sila layari laman sesawang

 

http://earthhour.org

http://www.wwwf.org.my

 

 


Posted at Saturday, March 29, 2008 by ainunL_muaiyanah
ada pendapat, komen, bisikan?  

Friday, March 28, 2008
Blog Blog Blog

 

"Aku percaya

sampai saatnya kau harus memilih

aku atau dirimu"

 

Sudah sampai titik-titik akhir semester 4. Assignment terakhir BBM adalah kertas cadangan tentang permasalahan bahasa. Aku punya masa sehari sahaja untuk menetapkan tajuk sebab minggu-minggu yang lalu adalah minggu –minggu sibuk yang menyesakkan.. Ahli kumpulan yang lain masih terkulat-kulat a.k.a blur dengan permasalah bahasa. Aku tidak marah pada mereka sebab itu bukan dunia mereka. Aku menjadi bingung juga sebab terlalu banyak masalah bahasa yang timbul, lalu skop mana yang harus aku fokuskan?. Akhirnya aku memilih tajuk..

.

.

.

 

 

 

 

'Kecelaruan Bahasa di kalangan Penulis Blog Malaysia di Blogspot'

 

Haha. Aku kira tajuk ini serasi amat dengan aku sebab aku ini penulis BLOG birungu.

 

Anekdot

Kawan : Yana, kenapa blog awak hidup segan, mati malu-malu?

Penulis : Sebab blog saya mati tidak mahu


Posted at Friday, March 28, 2008 by ainunL_muaiyanah
ada pendapat, komen, bisikan?  

Sunday, March 23, 2008
Aku dipaksa rela

 

Aku suka jadi bidan terjun tetapi kadang kala aku tidak suka menjadi bidang terjun.

 

Aku suka politik dan isu semasa. Aku suka berpolemik dan berkomentar tentang dunia politik. Aku menjadi ambil tahu tetapi aku cukup tidak suka terlibat dalam dunia politik serta poliTIKUS.

 

Dan

 

Aku suka berdebat dan melihat perlawanan debat tetapi aku tidak suka terjun dalam dunia debat. Aku kira sepak terajang dan permainan emosi dalam dunia debat tidak serasi dengan diriku. Aku kira orang diluar perlu membetulkan persepsi. Tidak semua orang yang bercakap macam bertih jagung atau tahu segala fakta itu harus masuk pertandingan debat lantaran berdebat di luar dan di dalam pertandingan ada beza ketara.

 

ANOLOGI MUDAH

Kalau anda sebagai pembaca kurang faham, anologinya cukup mudah. Mungkin anda seorang yang suka makan dan merasa pelbagai makanan yang baru. Adakalanya ada menjadi tukang komen tak bertauliah tentang makanan serta boleh mengesan mana yang kurang atau lebih dalam makanan. Tetapi itu tidak bermaksud anda suka memasak bukan? Anda suka makan tetapi anda tidak suka terlibat dalam proses penghasilan makanan. Mungkin atas sebab tak minat, malas, tiada kebolehan. Tetapi anda masih boleh terlibat dalam soal makanan tanpa terlibat dalam proses menghasilkan makanan

 

Begitu juga aku. Suka melihat perlawanan dan berdebat tetapi aku tidak suka terlibat dalam prosesnya.

 

ANEKDOT

 

Yana dipaksa rela masuk Pertandingan Debat Piala Naib Canselor untuk mencukupkan korum dan menjadi pendebat kedua. Akhir pertandingan, kami mendapat tempat ke6 dengan nisbah menang-kalah 2-3 margin 8.


Posted at Sunday, March 23, 2008 by ainunL_muaiyanah
ada pendapat, komen, bisikan?  

Sunday, March 09, 2008
Corat-coret pilihanraya

 

Semalam pukul 3 pagi baru saya tidur, sibuk benar berdiskusi keputusan pilihanraya umum ke-12 yang sememangnya mengejutkan dan benar-benar mendebarkan. Sememangnya keputusannya mengejutkan biarpun mampu dijangka. Saya tidak boleh mengundi tetapi saya warganegara Malaysia yang ambil tahu. Jadi jangan kata muda belia Malaysia tak ambil tahu tentang situasi pilihanraya Negara ini tau

 

CORAT CORET PILIHANRAYA UMUM

N10 - BUKIT MELAWATI

DUN

K.PARTHIBAN (BN) 4444
MUTHIAH A/L MARIA PILLAY (PKR) 4741

12,897

9,669

74.97

484

297

N11 - IJOK

DUN

MOHAMED SAYUTI SAID (BN-UMNO) 5,276
TAN SRI KHALID AHMAD (PKR) 7,196

(15,467)

12,676

81.96

204

1,920

-          Surat khabar sold out macam pisang goreng panas. Saya kecewa tidak dapat surat khabar walaupun sudah terpacak di kedai pukul 8 pagi.

-          DUN tempat saya kalah pada KEADILAN walhal ketika pilihan raya kecil Ijok, BN menang besar.

-          Ramai Menteri dan Timbalan Menteri jatuh takhta. Inilah sepak terajang dunia politik.

-          3 negeri dirampas barisan alternatif. Mengejutkan!

-          BN membentuk kerajaan denagn menang majority biarpun bukan 2/3 kerusi di parlimen. Apabila melihat keputusan penuh, BN hanya menang mudah di negeri Sabah dan Sarawak. Jikalau tiada negeri itu, pasti barisan alternatif boleh membentuk kerajaan.

 

 

CORAT-CORET saya

-          Kata ibu “Doa-doalah darah tinggi abah tak naik.” Merujuk kepada kekalahan K. Parthiban di Dun Bukit Melawati dengan kemenangan Parti Keadilan. Abah orang kuat BN. K. Parthiban yang mnduduki kerusi selesa DUN Ijok selama kurang  dari setahun sebelum bertukar ke DUN Bukit Melawati.

-          Kata Faiz yang merumus secara langsung pilihanraya kali ini. Dia bersorak gembira apabila muka baru DAP, Prof. Dr. P. Ramasamy, menang dikedua-dua kerusi negeri Perai dan kawasan Parlimen Batu Kawan menumbangkan Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Faiz cukup tak suka dengan mantan Ketua Menteri P. Pinang walhal dia tu anak jati JOhor dan hanya sekadar belajar kat Penang tu saja. Isk~

-          Kata Masitah “ wah anak Anwar, Nurul Izzah menang kat Lembah Pantai. Kalahkan Dato Shahrizat okey~~”

-          Kata Kak Amal , “ Abah kecewa gila bila Keadilan menang. Padahal anak-anaknya semua parti pembangkang (merujuk kepada saya dan menantunya, Abang Ahya). Abah tak dapat duit lagi dari parti tetapi orang lain dah dapat. Mentang-mentanglah abah orang yang setia dengan BN diorang buat abah macm tu.”

-          Kata kawan-kawan sekuliah di kelas TKA 3001. “Yes, Dato Shahrizat kalah, Samy Vellu pun kalah. Inilah revolusi orang muda”

 

Kata saya : Saya tertarik pada kata-kata Mufti Negeri Perlis di dalam coretan pagi Ahad di Berita Harian. Secara rumusannya, kita tidak memilih calon berdasarkan songkok mahupun serban, atau pun kereta mewah atau kereta cabuk, gelombang biru mahupun pepohon menghijau, angkasa lepas mahupun apa-apa. kekayaan atau kemiskinannya,  Kita memilih kerana kepimpinannya, komitmennya pada tanggungjawab. Itu yang saya tegaskan pada Abah serta orang lain. Saya tidak memilih berdasarkan dimana payung naungannya. Warna-warni bajunya. Kalau saya boleh memilih pun, saya ingin memilih kerana kepimpinannya. Biarpun tidak calon itu tidak beroleh kemenangan atas dasar ketidak-popularannya, tetapi saya ingin memilih calon itu sebab dirinya tetapi orang kebiasannya orang tidak akan membeli atau percaya pada sesuatu produk itu tanpa jenamanya, bukan?. Fikir-fikirkan lah

 

ANEKDOT

Pilihanraya, kita memilih dan beraya tetapi jangan pula menang sorak kampung tergadai


Posted at Sunday, March 09, 2008 by ainunL_muaiyanah
ujaran katas (7)  

Monday, February 25, 2008
Puisi RENDRA

"kerana aku adalah wanita

melingsirkan air mata atas derita

jiwaku"

Bersatulah Pelacur-Pelacur Kota Jakarta

 

Pelacur-pelacur Kota Jakarta

Dari kelas tinggi dan kelas rendah

Telah diganyang

Telah haru-biru

Mereka kecut

Keder

Terhina dan tersipu-sipu

 

Sesalkan mana yang mesti kausesalkan

Tapi jangan kau lewat putus asa

Dan kaurelakan dirimu dibikin korban

 

Wahai pelacur-pelacur kota Jakarta

Sekarang bangkitlah

Sanggul kembali rambutmu

Karena setelah menyesal

Datanglah kini giliranmu

Bukan untuk membela diri melulu

Tapi untuk lancarkan serangan

Karena

Sesalkan mana yang mesti kau sesalkan

Tapi jangan kaurela dibikin korban

 

Sarinah

Katakan kepada mereka

Bagaimana kau dipanggil ke kantor menteri

Bagaimana ia bicara panjang lebar kepadamu

Tentang perjuangan nusa bangsa

Dan tiba-tiba tanpa ujung pangkal

Ia sebut kau inspirasi revolusi

Sambil ia buka kutangmu

 

Dan kau Dasima

Khabarkan pada rakyat

Bagaimana para pemimpin revolusi

Secara bergiliran memelukmu

Bicara tentang kemakmuran rakyat dan api revolusi

Sambil celananya basah

Dan tubuhnya lemas

Terkapai disampingmu

Ototnya keburu tak berdaya

 

Politisi dan pegawai tinggi

Adalah caluk yang rapi

Kongres-kongres dan konferensi

Tak pernah berjalan tanpa kalian

Kalian tak pernah bisa bilang 'tidak'

Lantaran kelaparan yang menakutkan

Kemiskinan yang mengekang

Dan telah lama sia-sia cari kerja

Ijazah sekolah tanpa guna

Para kepala jawatan

Akan membuka kesempatan

Kalau kau membuka kesempatan

Kalau kau membuka paha

Sedang diluar pemerintahan

Perusahaan-perusahaan macet

Lapangan kerja tak ada

Revolusi para pemimpin

Adalah revolusi dewa-dewa

Mereka berjuang untuk syurga

Dan tidak untuk bumi

Revolusi dewa-dewa

Tak pernah menghasilkan

Lebih banyak lapangan kerja

Bagi rakyatnya

Kalian adalah sebahagian kaum penganggur yang mereka ciptakan

Namun

Sesalkan mana yang kau kausesalkan

Tapi  jangan kau lewat putus asa

Dan kau rela dibikin korban

Pelacur-pelacur kota Jakarta

Berhentilah tersipu-sipu

Ketika kubaca di koran

Bagaimana badut-badut mengganyang kalian

Menuduh kalian sumber bencana negara

Aku jadi murka

Kalian adalah temanku

Ini tak bisa dibiarkan

Astaga

Mulut-mulut badut

Mulut-mulut yang latah bahkan seks mereka politikkan

 

Saudari-saudariku

Membubarkan kalian

Tidak semudah membubarkan partai politik

Mereka harus beri kalian kerja

Mereka harus pulihkan darjat kalian

Mereka harus ikut memikul kesalahan

 

Saudari-saudariku. Bersatulah

Ambillah galah

Kibarkan kutang-kutangmu dihujungnya

Araklah keliling kota

Sebagai panji yang telah mereka nodai

Kinilah giliranmu menuntut

Katakanlah kepada mereka

Menganjurkan mengganyang pelacuran

Tanpa menganjurkan

Mengahwini para bekas pelacur

Adalah omong kosong

 

Pelacur-pelacur kota Jakarta

Saudari-saudariku

Jangan melulur keder pada lelaki

Dengan mudah

Kalian bisa telanjangi kaum palsu

Naikkan tarifmu dua kali

Dan mereka akan klabakan

Mogoklah satu bulan

Dan mereka akan puyeng

Lalu mereka akan berzina

Dengan isteri saudaranya.

 

RENDRA

(sumber Buku Puisi-puisi Rendra terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka)

 

ANEKDOT

Ada seseorang sangat menyukai puisi ini. Katanya erotik yang sinikal. Asyik dilaung-laung ditelinga saya.


Posted at Monday, February 25, 2008 by ainunL_muaiyanah
ujaran kata (1)  

Sunday, February 17, 2008
Hanya Memuji

"hati saya pun berbunga

seperti kuntum mekar

menanti cahaya panahan suria"

 

Dahulu saya pernah jatuh cinta pada satu puisi yang tersiar di Dewan Siswa seingatnya sekitar tahun 2002. Saya tulis alamat penulisnya dalam buku kecil dan bersungguh akan cuba menghantar email sebab saya sememangnya jatuh cinta sejak pertama kali membaca puisinya. Akhirnya saya terlupa atas banyak sebab. Sebab pertamanya saya takut nak mulakan menghantar email kenal-kenal ni. Takkanlah isi email itu berbau begini "Abang A****, saya minattttttttttttt dan jatuh cintaaaaaaaaa sangat dengan puisi abang." Mahunya di delete email saya tanpa terus membacanya. Sebab keduanya buku kecil itu hilang semasa saya berkemas dihujung tahun. Mungkin ada toyol atau jin-jin yang berminat membaca coret-coret saya yang herot dan tak teratur. Sebab ketiganya kerana entah saya pun dah lupa~.=)

 

Kini setelah enam tahun saya menyimpan cinta (sebab cinta saya dah jatuh kan) akhirnya saya bertemu juga dengan tuan punya puisi yang membuat cinta saya bergolek-golek terjatuh. Huh… saya jumpa kembali puisi yang saya suka amat itu dan tentu nama penuh serta alamat emailnya. Oh dia orang utara. Ketika itu saya sudah teringat sebab keempat mengapa saya tidak mengantar email padanya dulu-dulu. Sebab dia orang UTARA. =)

 

Setelah saya jumpa email dan namanya terus saya taip di ruang carian, manalah tau kot-kot terjumpa. Usaha saya berhasil, saya terjumpa blognya. Sampai kini saya masih lagi belum menghantar email padanya ataupun meninggalkan jejak-jejak kaki, tangan di blognya. Dan alasan saya tak email si penulis itu menjadi bertambah-tambah.  Tapi kes jatuh cinta ini berulang kembali. saya memarahi diri, mengapa hati saya tidak tergerak untuk mencarinya lebih awal sebab rupanya dia study tersangatlah hampir dengan kg halaman saya. Kalau tidak bolehlah kami bertentang mata dan bercanda di meja kopi.  Sekarang penulis itu baru sahaja menamatkan pengajiannya di UNIVERSITI KERAJAAN SWASTA. Isk2.. dan saya terlepas untuk menonton teater arahannya yang bertajuk SAKIT, teater terakhirnya sebelum bergelar graduan. Isk~.

 

Malah setelah mengunjung blognya barulah saya sedar saya juga sudah lama jatuh cinta pada karya-karyanya yang lain selama bertahun-tahun cuma saya tak pernah sedar. Karyanya minimilas tetapi wacananya ada. Oh dia tidak perlu kontroversi dalam karya tetapi saya rasa ada bias sindir-menyindir dan maksud itu terhantar tepat. Saya simpan karya-karyanya dalam bentuk softcopy (maaf, bukan untuk plagiat ya). Sebenarnya saya juga jatuh cinta pada cerpen yang tersiar pada bulan yang sama dan majalah yang sama. Malah saya telah bertentang mata dengan penulis cerpen itu. Penulis cerpen itu pantas saya kenali lantaran karyanya yang agresif tersiar berbanding si penulis sajak 'sekeping kad' itu. (pengajarannya pada saya jangan tidak aktif berkarya, nanti pembaca (baca :peminat ) lari..hehe~)

 

Tetapi saya rasa, saya akan email si penulis itu juga suatu hari nanti. Sebab?  Ketika cerpen Mencari Qudwah tersiar di Dewan Siswa ada beberapa orang pembaca (baca : peminat) mengutus email mengucapkan minatnya pada cerpen saya. Bunga-bunga menguntum dihati dan saya makin bersemangat untuk berkarya. Mungkin teknik ni menjadi padanya siapa tau kan??? Huh~

 

ANEKDOT

Hendak tahu puisi si penulis yang membuat saya jatuh cinta hampir 6 tahun lamanya? Ada orang bertanya "yana , kau jatuh cinta selama 6 tahun hanya kerana sebuah puisi?." Hello! Satu puisi ayau satu kata pun boleh merubah dunia dan nasib seseorang tau.

 

 

Sekeping Kad (Dewan Siswa Februari 2002)

Sekeping Kad
Ada bait kecil larik tinta biru
Terjambak gambar depan
Ropol bunga harum wangi
Pada bingkis bintik pecah merah jambu
Kukoyakkan garis lurus panjang
Dengan hati tertanyakan
Itukah engkau yang selalu lenyap


Ketika atmaku menjentik gelisah
Dan mestikah kali ini
Kau tangkaikan
Bingkai kenangan lalu
Biarpun gundahku itulah
Ingatan hijau yang kau biarkan lembik
Dikeronyok masa

Dan..
Sekeping kad ini
Bersama nama tidak tertulis
Ada rindu yang terkucur
Pada malam tiris hujan
Sendu ini menjadi lecur

 

A**** O*****

Alor Star


Posted at Sunday, February 17, 2008 by ainunL_muaiyanah
ada pendapat, komen, bisikan?  

Next Page