SELAMAT DATANG


   

<< March 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


Pantun Atma

Pergi ke hutan mencari kernam
Berhenti menatang air tawar
Bulan sakit matahari demam
Kemanakah bintang minta penawar

Pergi ke hutan mencari kernam
Pulang bersua burung serindit
Bulan sakit matahari deman
Bintang berdoa di ufuk langit

Pisau raut dua tiga
Letak di peti dalam perahu
Dalam laut boleh di duga
Dalam hati siapa yang tahu

Pisau raut dua tiga
Letak dipeti dalam perahu
Dalam laut boleh di duga
Dalam hati tuhan yang tahu

Tun Kudu orang Melayu
Tun Tuah orang Melaka
Termenung menanggung rindu
Terkenang tuan dekat di mata

Ranjau lingkar pesona berduri
Ranum selasih sejak temurun
Walau tiada khabar sehari
Namun kasih tetap berkurun

Kalau tuan pandai menyurat
Suratkan saya di kertas biru
Kalau tuan pandai mengubat
Ubatkan saya hati yang rindu

Khabar sakti bingkisan istana
Puncak berlalu sehebat kalbu
Sabarlah menanti duhai adinda
Kelak ketemu terubat rindu

Meracau kuda berlari tersedu
Hilang kata tiada terperi
Jikalau dinda berhati rinddu
Pejamkan mata lenakan diri

Ranjau lingkar pesona berduri
Ranum selasih sejak temurun
Walau tiada khabar sehari
Namun kasih tetap berkurun

Rumah bonda tiada bertangga
Santai tenung gerbang budi
Ingatan dinda amat berharga
Bagai burung terbang di hati

Orang menyambung di tanjung keling
Ayam borek tumpang sebelah
Salam burung kepada ranting
Bolehkah hamba menumpang singgah

Tumbuh melata si pohon sagu
Hujan petang melenggang punggah
Lama sudah ranting menunggu
Burung datang menumpang singgah

dari mata datangnya permata
Dari kayangan turun ke dawa
Dari mana datangnya cinta
Dari mata turun ke jiwa

Dari mana burung dewata
Dari mega randai ke bumi
Dari mana berkalung cinta
Dari mata rantai ke hati

Sungguhkah tuan beli jerami
Kalau sungguh mana diannya
Sungguhkah tuan cintakan kami
Kalau sungguh mana buktinya


Sapardi Djoko Damono
Hujan Bulan Juni

tak ada yang lebih tabah dari hujan bulan juni

dirahasiakannya rintik rindunya kepada pohon berbunga itu

tak ada yang lebih bijak dari hujan bulan juni

dihapusnya jejak-jejak kakinya yang ragu-ragu di jalan itu

tak ada yang lebih arif dari hujan bulan juni

dibiarkannya yang tak terucapkan diserap akar pohon bunga itu

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

|| TETAMU ||

~bermula 5 November 06~

Free web counters
Free web counters
~bermula 9 November 06~


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sunday, March 30, 2008
Reben Kuning di hujung Antena

 

Pagi Sabtu, Mas mengajak aku ke bandar. Aku terasa malas tetapi Mas bersungguh mengajak sambil menunjukkan bekas makanannya yang kosong. Rasa belas berbekas. Kami bersepakat meminjam motor dari junior dan brooooMMMmmmm ke bandar.

 

Kami jadi hairan dan pelik. Jalan penuh sesak dan kereta berpusu-pusu bagaikan ada pesta keramaian. Malah jalan macam jem nanas yang penuh diatas roti. Nasib baiklah kami menunggang motosikal. Bolehlah menyelit sana sini atau istilah Mas ’mengular’. Malah ada reben kuning terikat di setiap antenna kereta. Hairan dan pelik kami dibuatnya.

 

Owh rupanya DYMM Sultan Mizan pulang. Maka berduyunlah rakyat menunjuk taat setia dan kasih pada Sultan dan menunggu ketibaan baginda di lapangan terbang. Maka aku dapat lihat sepanjang perjalanan kami ada banner tergantung disana sini menyatakan rasa setia dan patuh pada Sultan. Mungkin selepas Sultan murka dengan tindakan Adun T******* atau rakyat semakin sedar dengan kebijaksaan Sultan.

 

Maka selepas PRU12, aku dapat melihat kebenaran. Dahulu ketika aku belajar sejarah di sekolah, aku sibuk bertanya mengapa undang-undang perlembagaan seolah-olah meletakkan YDA seperti boneka? (Mohon ampun andai terkasar, patik cetek ilmu ketika itu). Soalanku bukan bersifat merendah-rendahkan, aku ingin lebih tahu pada dasar sejarah negara kita supaya kita tidak boleh diperlekehkan oleh orang yang ingin mnejual negara secara terang-terangan.

 

Sepanjang aku menjadi rakyat Malaysia, hanya dua keturunan raja sahaja yang aku kagum dan wajar dicontohi. Satu iaitu Sultan Perak, Sultan Azlan dan Raja Nazrin tentunya serta satu lagi Sultan Terengganu. Mereka punya kredibiliti untuk dicontohi. Nasib baik Sultan di kedua-dua negeri ini bijaksana dalam membuat pertimbangan. Nah, kita tidak perlu menyerahkan negeri Perak pada DAP disebabkan kerana Undang-Undang Tubuh Negeri hanya mengiktiraf menteri dari kalangan orang Melayu. Manakala di Terengganu melantik YB Ahmad Said melangkau pelantikan daripada kerajaan pusat iaitu mantan Menteri Besar datuk Idris Jusuh.

 

Mungkin selepas ini Bandaraya Warisan Pesisir Air tidak hanya gemilang dengan lampu-lampu dan kristal-kristal pada masjidnya tetapi gemilang dari segi mentaliti penduduknya, pada pendapat penduduk di SELURUH negeri. Moga kelip-kelip dapat juga berkelip-kelip di semua rumah di Negeri Darul Iman ini.

 

DAULAT TUANKU!


Posted at Sunday, March 30, 2008 by ainunL_muaiyanah

fatamorgana
September 17, 2008   11:27 AM PDT
 
ALLAH YANG ESA dan MAHA MULIA lagi MAHA TINGGI dan MAHA BESAR.
DIA-lah YANG ESA; DIA-lah YANG DITUJU; DIA TIDAK BERANAK dan TIDAK DIPERANAKKAN. Tiada sesuatupun yang serupa dengan-NYA.
Tiada sesuatupun yang serupa dengan-NYA. Tiada sesuatupun yang serupa dengan-NYA.

Aku bersyahadah: ¡°ASYHADU ANLA ILAHA ILLALLAH. WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH.¡±
Aku berbai¡¯ah: ¡°WA ASYHADU ANNA ¡®ALIYYAN WALI WA WASI AL-RASUL WA KHALIFATA BIL-HAQ.¡±

wa alhamdulillahir Rabbil ¡®alamin; inna lillahi wa inna lillahi raji¡¯un; wala hawla wala quwwata illa billah
Salam hanya kepada para mukmin yang takwa dan mukminat yang takwa.
SALAMUN¡¯ALAIKA. salam dari-NYA; salam hak-NYA; salam dikembalikan pada-NYA.

PERKARA ANTARA DUA PERKARA
Disebut di sisi Imam al-Ridha (a.s) tentang al-Jabr dan al-Tafwidh. Maka, beliau berkata: ¡°Aku akan memberi kepada kamu asas perkara ini. Kamu tidak akan bertengkar mengenainya melainkan kamu memusnahkannya.¡±
Kami bertanya: ¡°Apakah pendapat anda mengenainya?¡±
Beliau berkata: ¡°Sesungguhnya, ALLAH tidak ditaati dengan paksaan, dan tidak ditentang dengan kekuatan, Dia tidak mengabaikan hamba-hamba-NYA di dalam kerajaan-NYA, DIA-lah Pemilik manakala DIA memberi mereka hak milik. Dan DIA-lah Penguasa manakala DIA memberi kepada mereka kuasa ke atas sesuatu. Apabila hamba-hamba-NYA mahu melakukan ketaatan, maka ALLAH tidak menjadi penghalang kepadanya (ketaatan), dan penentangnya. Jika mereka mahu melakukan maksiat dan jika ALLAH mahu menghalang mereka, maka DIA boleh melakukannya, dan jika DIA tidak mahu (syaa), dan mereka melakukannya, maka DIA bukanlah yang membuatkan mereka melakukannya.¡±
Kemudian beliau berkata: ¡°Sesiapa yang memahami garis sempadan percakapan ini, maka beliau telah menentang mereka yang menyalahinya.¡±

CATATAN AL-GHAZALIE
Aku mengasihi semua sahabatku dengan seluruh jiwa ragaku, sama seperti aku mencintai sanak saudaraku. Seorang sahabat yang baik adalah manusia yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.?

Ketahuilah mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat. Jika tidak ketemui sahabat yang beriman dan bertakwa, aku lebih rela hidup menyendiri.?

Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan seseorang yang mesti ku waspadai kejahatan mereka.?

Ingatlah wahai saudara Islamku sekelian, tenanglah kamu dalam menghadapi perjalanan hidup ini. Sepanjang usiaku yang semakin tua, semakin sukar aku temukan di dunia ini sahabat sejati. Ku tinggalkan orang jahat kerana banyak kejelekannya dan kujauhi orang (sesetengah) berkedudukan kerana kebaikannya sedikit.?

Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai dengki, hatiku lega dan jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku lalu di depanku, aku menghormatinya. Semua itu kulakukan supaya aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan dan kemungkaran.?

Aku tunjukkan kemarahan, kesopanan dan persahabatanku kepada orang yang kubenci sama seperti kuperlihatkan hal itu kepada orang yang kucintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan berjangkit apabila kita mendekati mereka. Namun, menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan dan silaturahim.?

Kadangkala aku terfikir mudah-mudahan aku dapat bersahabat dengan anjing kerana walaupun hina, ia masih menunjukkan jalan kepada majikannya yang tersesat. Bukan seperti manusia jahat yang selama tidak akan memberi petunjuk.?

Selamatkanlah dirimu! Jagalah! Lidahmu baik-baik kerana kamu akan bahagia, walaupun kamu terpaksa hidup sendiri di muka bumi ini. Lebih baik kamu bersendiri daripada mendekati manusia yang menipu dan memperdayakanmu.?

Jika seseorang tidak dapat menjaga maruah dan nama baiknya kecuali dalam keadaan dipaksa oleh orang lain, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Ramai orang lain dapat menjadi penggantinya.?

Berpisah dengannya bererti beristirehat. Dalam hati masih ada kesabaran, meskipun memerlukan daya usaha yang keras untuk mempertahankannya. Tidak semua orang yang kamu sukai, menyukaimu dan sikap ramahmu, kadangkala dibalas dengan sikap biadap.?

Jangan bersahabat dengan pengkhianat kerana dia tidak memperdulikan kesetiaan. Dia akan memungkiri jalinan kasih yang dibina dan menampakkan hal yang kelmarin menjadi rahsia sulit.?

Selamat tinggal dunia jika di atasnya tidak lagi ada sahabat jujur dan menepati janji. Biarlah hidup bersendirian daripada mengkhianati manusia. Bersegeralah mendekati orang-orang mulia supaya kamu beroleh kemuliaan hidup di dunia ini.?

PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar
bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.

CATATAN AS-SYAFIEE
?Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.
Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.

?Mencari sahabat pada waktu susah
Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: ¡°Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?¡± Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

?Pasang surut persahabatan
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai. Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat. Apabila tidak ke temu sahabat yang Takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.

?Sukarnya mencari sahabat sejati
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya. Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

?Sahabat sejati pada waktu susah
Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.

?Rosaknya keperibadian seseorang
Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.

?Menghormati orang lain
Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan. Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

?Menghadapi musuh
Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada dihadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan. Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.

?Tipu daya manusia
Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

?Tempat menggantungkan harapan
Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk ALLAH. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.

?Menjaga nama baik
Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat. Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Tidak semua orang yangengkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

¡°Anda harus mengelak dari bersahabat dengan [orang tolol] kerana ia berniat untuk memberi manfaat kepada anda tetapi ia akan [merugikan anda]; Anda harus mengelak dari bersahabat dengan [orang kikir] kerana ia [melarikan diri] dari anda ketika anda paling memerlukannya; Anda harus mengelak bersahabat dengan [orang pendosa] kerana ia akan menjual anda dengan [cuma-cuma]; Dan anda harus mengelak diri bersahabat dengan [pembohong] kerana ia adalah seperti [bayangan khayali] membuat anda merasakan barang yang jauh seperti dekat dan barang yang dekat seperti jauh.¡±

Barangsiapa menuntut pertanggungjawab dirinya sendiri, akan beruntung; Barangsiapa mengabaikannya, akan menderita; Barangsiapa merasa bimbang, maka ia akan aman; Barangsiapa mengambil pelajaran (dari keadaan sekitarnya), akan beroleh cahaya; Barangsiapa beroleh cahaya, maka ia beroleh pengertian; dan Barangsiapa beroleh pengertian, maka ia beroleh pengetahuan.?

allahumma shalli ¡®ala muhammad wa ¡®ali muhammad
allahumma shalli ¡®ala muhammad wa ¡®ali muhammad
allahumma shalli ¡®ala muhammad wa ahlil baitihin
inna lillahi wa inna lillahi raji¡¯un

WA ¡®ALAIKA WA ¡®ALAIHI AL-SALAM
FATAMORGANA @ tokL4K1
faizal
April 23, 2008   10:34 AM PDT
 
sila respon terhadap entri ini

http://mpr06.blogspot.com/2008/04/maaf-cadangan-penutupan.html
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry