SELAMAT DATANG


   

<< February 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28


Pantun Atma

Pergi ke hutan mencari kernam
Berhenti menatang air tawar
Bulan sakit matahari demam
Kemanakah bintang minta penawar

Pergi ke hutan mencari kernam
Pulang bersua burung serindit
Bulan sakit matahari deman
Bintang berdoa di ufuk langit

Pisau raut dua tiga
Letak di peti dalam perahu
Dalam laut boleh di duga
Dalam hati siapa yang tahu

Pisau raut dua tiga
Letak dipeti dalam perahu
Dalam laut boleh di duga
Dalam hati tuhan yang tahu

Tun Kudu orang Melayu
Tun Tuah orang Melaka
Termenung menanggung rindu
Terkenang tuan dekat di mata

Ranjau lingkar pesona berduri
Ranum selasih sejak temurun
Walau tiada khabar sehari
Namun kasih tetap berkurun

Kalau tuan pandai menyurat
Suratkan saya di kertas biru
Kalau tuan pandai mengubat
Ubatkan saya hati yang rindu

Khabar sakti bingkisan istana
Puncak berlalu sehebat kalbu
Sabarlah menanti duhai adinda
Kelak ketemu terubat rindu

Meracau kuda berlari tersedu
Hilang kata tiada terperi
Jikalau dinda berhati rinddu
Pejamkan mata lenakan diri

Ranjau lingkar pesona berduri
Ranum selasih sejak temurun
Walau tiada khabar sehari
Namun kasih tetap berkurun

Rumah bonda tiada bertangga
Santai tenung gerbang budi
Ingatan dinda amat berharga
Bagai burung terbang di hati

Orang menyambung di tanjung keling
Ayam borek tumpang sebelah
Salam burung kepada ranting
Bolehkah hamba menumpang singgah

Tumbuh melata si pohon sagu
Hujan petang melenggang punggah
Lama sudah ranting menunggu
Burung datang menumpang singgah

dari mata datangnya permata
Dari kayangan turun ke dawa
Dari mana datangnya cinta
Dari mata turun ke jiwa

Dari mana burung dewata
Dari mega randai ke bumi
Dari mana berkalung cinta
Dari mata rantai ke hati

Sungguhkah tuan beli jerami
Kalau sungguh mana diannya
Sungguhkah tuan cintakan kami
Kalau sungguh mana buktinya


Sapardi Djoko Damono
Hujan Bulan Juni

tak ada yang lebih tabah dari hujan bulan juni

dirahasiakannya rintik rindunya kepada pohon berbunga itu

tak ada yang lebih bijak dari hujan bulan juni

dihapusnya jejak-jejak kakinya yang ragu-ragu di jalan itu

tak ada yang lebih arif dari hujan bulan juni

dibiarkannya yang tak terucapkan diserap akar pohon bunga itu

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

|| TETAMU ||

~bermula 5 November 06~

Free web counters
Free web counters
~bermula 9 November 06~


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sunday, February 01, 2009
Rumah baru

kawan-kawan yang mengunjungi blog ini..

saya telah lama berpindah rumah, ke satu daerah baru.

Di sana saya temui bunga-bunga yang kembang selepas hujan.

Setahun di sana dan bertahun saya tinggalkan blog ini

Saya berharap dapatlah meluangkan masa ke blog saya jika ada sesiapa yang tersesat ke blog ini

sekian

http://www.birungu.wordpress.com

Posted at Sunday, February 01, 2009 by ainunL_muaiyanah

malaysia web design
June 29, 2009   12:30 PM PDT
 
LA DAJ PINDAH KE
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home