|
Semalam pukul 3 pagi baru saya tidur, sibuk benar berdiskusi keputusan pilihanraya umum ke-12 yang sememangnya mengejutkan dan benar-benar mendebarkan. Sememangnya keputusannya mengejutkan biarpun mampu dijangka. Saya tidak boleh mengundi tetapi saya warganegara CORAT CORET PILIHANRAYA UMUM
- - DUN tempat saya kalah pada KEADILAN walhal ketika pilihan raya kecil Ijok, BN menang besar. - Ramai Menteri dan Timbalan Menteri jatuh takhta. Inilah sepak terajang dunia politik. - 3 negeri dirampas barisan alternatif. Mengejutkan! - BN membentuk kerajaan denagn menang majority biarpun bukan 2/3 kerusi di parlimen. Apabila melihat keputusan penuh, BN hanya menang mudah di negeri Sabah dan CORAT-CORET saya - Kata ibu “Doa-doalah darah tinggi abah tak naik.” Merujuk kepada kekalahan K. Parthiban di Dun Bukit Melawati dengan kemenangan Parti Keadilan. Abah orang kuat BN. K. Parthiban yang mnduduki kerusi selesa DUN Ijok selama kurang dari setahun sebelum bertukar ke DUN Bukit Melawati. - Kata Faiz yang merumus secara langsung pilihanraya kali ini. Dia bersorak gembira apabila muka baru DAP, Prof. Dr. P. Ramasamy, menang dikedua-dua kerusi negeri Perai dan kawasan Parlimen Batu Kawan menumbangkan Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Faiz cukup tak suka dengan mantan Ketua Menteri P. Pinang walhal dia tu anak jati JOhor dan hanya sekadar belajar kat - Kata Masitah “ wah anak Anwar, Nurul Izzah menang kat Lembah Pantai. Kalahkan Dato Shahrizat okey~~” - Kata Kak Amal , “ Abah kecewa gila bila Keadilan menang. Padahal anak-anaknya semua parti pembangkang (merujuk kepada saya dan menantunya, Abang Ahya). Abah tak dapat duit lagi dari parti tetapi orang lain dah dapat. Mentang-mentanglah abah orang yang setia dengan BN diorang buat abah macm tu.” - Kata kawan-kawan sekuliah di kelas TKA 3001. “Yes, Dato Shahrizat kalah, Samy Vellu pun kalah. Inilah revolusi orang muda” Kata saya : Saya tertarik pada kata-kata Mufti Negeri Perlis di dalam coretan pagi Ahad di Berita Harian. Secara rumusannya, kita tidak memilih calon berdasarkan songkok mahupun serban, atau pun kereta mewah atau kereta cabuk, gelombang biru mahupun pepohon menghijau, angkasa lepas mahupun apa-apa. kekayaan atau kemiskinannya, Kita memilih kerana kepimpinannya, komitmennya pada tanggungjawab. Itu yang saya tegaskan pada Abah serta orang lain. Saya tidak memilih berdasarkan dimana payung naungannya. Warna-warni bajunya. Kalau saya boleh memilih pun, saya ingin memilih kerana kepimpinannya. Biarpun tidak calon itu tidak beroleh kemenangan atas dasar ketidak-popularannya, tetapi saya ingin memilih calon itu sebab dirinya tetapi orang kebiasannya orang tidak akan membeli atau percaya pada sesuatu produk itu tanpa jenamanya, bukan?. Fikir-fikirkan lah ANEKDOT Pilihanraya, kita memilih dan beraya tetapi jangan pula menang sorak kampung tergadai |
| malaysia web design June 26, 2009 05:10 PM PDT upacara tentang party | ||
| malaysia web design June 24, 2009 12:02 PM PDT ada upacara la tu | ||
| Name June 23, 2009 10:36 AM PDT TAPI ORANG TU TAK MACAM PELUMBA MOTOR PUN | ||
| malaysia seo June 2, 2009 04:05 PM PDT BIASALA PERTANDINGAN | ||
| malaysia property April 2, 2009 04:43 PM PDT ITU LAH PERLUMBAAN | ||
| museum exhibit April 2, 2009 04:16 PM PDT bukan pesta rempit tu | ||
| web design April 1, 2009 05:01 PM PDT ada pesta rempit ke | ||
| Leave a Comment: |