|
"Itu lilin Menghampirinya panas terbakar Menjauhinya dingin menjalar"
Earth Hour! Kali pertama mendengarnya pasti pelik bukan? Earth Hour merupakan kempen yang digerakkan oleh WWF Australia untuk mengurangkan kadar pelepasan gas karbon dioksida ke udara. Awalnya program ini hanya melibatkan bandar Sydney sahaja pada tahun lepas tetapi atas dasar keprihatian masyarakat dunia yang masih sayangkan alam maka sebanyak 24 buah bandar besar di seluruh dunia telah bersetuju untuk mengambil bahagian dan memadamkan lampu bangunan-bangunan utama di bandar mereka. Jumlah yang besar untuk sesuatu kempen! Aku fikir rakyat Malaysia tidak mahu mengambil tahu tentang isu-isu alam sekitar ini tetapi menurut laman web Earth Hour, seramai 2659 warga Malaysia telah mengambil bahagian membolahkan Malaysia menduduki ranking ketujuh senarai peserta teramai di dunia. Bagaimana untuk mengambil bahagian? Mudah sahaja. Tepat pukul 8 malam 29 Mac 2008, padamkan semua peralatan elektrik di rumah anda selama 1 jam sahaja tepat pukul 8 malam waktu tempatan. Kita bergelap selama 1 jam Jikalau tahun lepas pengurangan penggunaan tenaga telah melebihi sasaran iaitu sebanyak 10%. Mungkin tahun ini akan menjadi lebih tinggi lagi. Kenapa kempen Earth Hour penting? Aku sebagai pelajar biodiversiti sememangnya sangat menyokong kempen ini. Ketika aku mempelajari subjek-subjek berkaitan alam sekitar, aku menjadi sedih sebenarnya. Tidak ramai rakyat yang prihatin untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan menggurangkan pelepasan gas karbon dioksida ke udara. Mereka tahumerungut apabila udara menjadi sesak dan cuaca panas tak menentu. Malah cuaca di Malaysia masih tidak boleh dijangka lagi. Jika dahulu musim tengkujuh di pantai timur pada bulan 12 tetapi kini bulan 12 masih panas-panas suam lagi dan musim tengkujuh beralih pada bulan 2 dan 3. Mungkin orang tidak sedar perubahan itu dan menganggap segalanya biasa tetapi sedarlah apabila kita mengkhianati alam, alam pasti mengkhianati kita kembali. Aku menjadi insaf. Pada hukum alam. Semakin banyak aku pelajari , semakin aku merasakan diri ini kerdil. Manusia menyalahkan alam mengambil orang-orang tersayang tetapi tahukah manusia kitalah yang membunuh orang-orang tersayang itu tanpa sedar dengan memusnahkan alam. Maka sayangi alam kita. Untuk tahu lebih lanjut lagi tentang kempen Earth Hour. Sila layari laman sesawang |
| Leave a Comment: |